Sedia...hampa dan tercabar... bila mendapati ramai dikalangan pelajar kita meniru dalam peperiksaan di sekolah. Apakah masalah ini tiada penyelesaian ? Pada pendapat saya pelajar yang suka meniru dalam peperiksaan ( seperti ujian selaras dan pertengahan tahun ) adalah pelajar yang sedang melatih dirinya untuk tidak jujur dan menuju kepada kegagalan. mengapa saya katakan begitu ? kerana peperiksaan sekolah yang diadakan adalah untuk melatih pelajar berhadapan dengan peperiksaan sebenar seperti SPM dan PMR. (Dalam dunia ini kita perlukan latihan untuk berjaya...lihat atlit....mereka perlu berlatih setiap hari untuk meningkatkan pecapaian mereka. bayangkan jika atlit itu menipu dalam latihannya... bolehkah dia memecah rekod kejohanan.) Pelajar yang meniru dalam peperiksaan sekolah akan melatih dirinya sentiasa bergantung kepada orang lain dengan kata lain tiada pendirian. Macam mana dalam peperiksaan sebenar... adakah akan ada pelajar lain sanggup menolongnya dalam peperiksaan sebenar ? tentulah tidak. Guru pula tidak dapat melakukan analisis yang tepat bila pelajar meniru dalam peperiksaan.
So... harapan saya kepada pelajar yang suka meniru, ubah sebelum parah...ubah demi maruah...yang penting bukalah peperiksaan selaras atau pertengahan tahun tapi yang penting ialah PMR, SPM dan STPM.
Wednesday, June 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment