Wednesday, June 18, 2008

Meniru dalam peperiksaan...apakah ada penyelesaian ?

Sedia...hampa dan tercabar... bila mendapati ramai dikalangan pelajar kita meniru dalam peperiksaan di sekolah.  Apakah masalah ini tiada penyelesaian ?  Pada pendapat saya pelajar yang suka meniru dalam peperiksaan ( seperti ujian selaras dan pertengahan tahun  ) adalah pelajar yang sedang melatih dirinya untuk tidak jujur dan menuju kepada kegagalan. mengapa saya katakan begitu ? kerana peperiksaan sekolah yang diadakan adalah untuk melatih pelajar berhadapan dengan peperiksaan sebenar seperti SPM dan PMR. (Dalam dunia ini kita perlukan latihan untuk berjaya...lihat atlit....mereka perlu berlatih setiap hari untuk meningkatkan pecapaian mereka. bayangkan jika atlit itu menipu dalam latihannya... bolehkah dia memecah rekod kejohanan.) Pelajar yang meniru dalam peperiksaan sekolah akan melatih dirinya sentiasa bergantung kepada orang lain dengan kata lain tiada pendirian. Macam mana dalam peperiksaan sebenar... adakah akan ada  pelajar lain sanggup menolongnya dalam peperiksaan sebenar ? tentulah tidak. Guru pula tidak dapat melakukan analisis yang tepat bila pelajar meniru dalam peperiksaan.

So... harapan saya kepada pelajar yang suka meniru, ubah sebelum parah...ubah demi maruah...yang penting bukalah peperiksaan selaras atau pertengahan tahun tapi yang penting ialah PMR, SPM dan STPM.

Tuesday, June 10, 2008

Antara Projek Tahun Lepas... 2007

Saya bolehlah dikatakan sebagai ahli 'persatuan mengajar kelas-kelas belakang'. Kerana setiap tahun saya akan dipertanggunjawabkan mengajar kelas yang paling kebelakang sekali. Kelas yang saya maksudkan ialah kelas 1R9. Untuk pengetahuan semua kelas ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang sangat lemah dalam akademik terutama matematik. Ada di antara mereka yang tidak menguasai operasi asas matematik. 

So, supaya pengajaran matematik menjadi menarik saya telah menganjurkan satu aktiviti yang dapat menarik perhatian mereka untuk mendekati matematik. Satu pertandingan mencipta lagu matematik telah diadakan. Pelajar-pelajar ini sanyat meminati lagu. Sebutla lagu apa pun mereka akan tahu dan dapat menyanyi denga baik. Atas dasar itulah pertandingan ini diadakan. Syaratnya ialah pelajar mestilah menukar lirik lagu yang mereka minat dengan lirik berikut:

Positif darab Positif sama dengan Positif
Positif darab Negetif sama dengan Negetif
Negetif darab Positif sama dengan Negetif
Negetif darab Negetif sama dengan Positif

dan hasilnya...

Pemenang bagi kategori Lelaki




Pemenang bagi kategori Perempuan




Acara penyampaian hadiah kepada pemenang



Kategori Lelaki



Kategori Perempuan



Hadiah...seadanya...



Hadiah tidak seberapa tapi mereka ceria...

Hasil daripada projek ini pelajar mula berminat belajar matematik dan sekarang mereka sudah berada di tingkatan dua ... mereka masih mengingati lirik tersebut.
(sila beri komen anda ...)

Sudut Bicara Maya