Tuesday, October 14, 2008

Motivasi Akhir tahun

Wahai pelajar semua… kejayaan dan kegagalan sebenarnya tidak berlaku secara kebetulan …
Orang yang mempunyai perancangan yang rapi dan berusaha dengan bersungguh-sungguh Insyaallah akan berjaya dan orang yang tidak merancang sebenarnya dia sedang merancang kegagalan.…
jadi rancanglah jadual belajar anda agar kita semua beroleh kejayaan.




lihatlah rakan-rakan ini…cuba bayangkan jika diri kita ditakdirkan tuhan sebegini…tentu kita akan menjadikan ianya penyebab kepada kegagalan kita…tetapi rakan-rakan kita ini telah membuktikan bahawa perancangan yang baik dan usaha bersungguh-sungguh tanpa penat lelah pasti membuahkan kejayaan.

Persoalannya… adakah cukup usaha kita selama ini ?…adakah dengan tidak membaca buku kita akan berjaya ? adakah dengan menyelesaikan 10 soalan matematik cukup untuk kita mendapat A dalam peperiksaan ? adakah dengan hanya bergantung kepada guru semata-mata tanpa usaha kita sendiri, kita akan mendapat kejayaan yang luar biasa ? (anda pasti tahu jawapanya )



Wahai pelajar semua… kejayaan kita pada masa hadapan adalah berdasarkan usaha kita pada waktu ini. Jika kita malas dan ambil mudah, tidak mahu belajar bersungguh-sungguh pada waktu ini..jangan harap kita akan senang dan gembira pada masa hadapan. " sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya"



“Cara terbaik untuk melarikan diri daripada
sebuah masalah ialah dengan menyelesaikannya”

“Hadiahkan kejayaan anda kepada ibu bapa anda …
sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang selama ini
berkorban tanpa merasa penat dan jemu membesarkan kita”

Anda mampu mengubahnya…
Ilmu + Amal + Tawakkal = Kejayaan

Sudut Bicara Maya